Friday 27 December 2013

Guru Tahfiz Sepenuh Masa / Separuh Masa

JAWATAN KOSONG 2016

Syarat Jawatan:
* Lelaki Sahaja
* Berumur 18 - 23 tahun & Bujang
* Berkelulusan yang Berkaitan atau Setaraf Dengannya.
* Komited dalam Bidang Tahfiz & Pendidikan


013-6969 557
                                Ustaz Abdullah 

Tuesday 1 October 2013

Program Cuti Sekolah Kem Tahfiz & Sunnah Nov / Dis 2013

KEM TAHFIZ & SUNNAH

Para penghafaz al-Quran merupakan orang yang dimuliakan oleh Allah S.W.T. 
Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia”. Lalu mereka bertanya : “Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W?” Jawab baginda : “Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan orang-orang pilihannya.” 
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini”.
(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)


Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong).
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”
(Hadis Riwayat Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah S.A.W. bersabda,maksudnya : “Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran,kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman,diliputi rahmat,dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh Allah di kalangan para malaikat (yg di langit).”
(Hadis Riwayat Muslim, At-Tirmizi,Ibnu Majah dan Abu Daud).


ASSALAUALAIKUM W.B.T
Alhamdulillah atas penyertaan yang memberangsangkan Kem Tahfiz Al Quran kini telah masuk tahun yang ke 4 siri penganjurannya. Bagi tahun 2013, modul program diperhebatkan lagi dengan tambahan As Sunnah (Kem Tahfiz & Sunnah).

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab  Allah dan Sunnah Rasulullah," (s.a.w.).

Ustaz Zaimi (Rais MATAQ Darul Imtiyaz, Melaka)


*******************************************************************
-Siri Jelajah Motivasi Selatan Tanah Air-
Pengisian Kem Tahfiz & Sunnah (3 siri)
# Kaedah KATACAM (kaedah Tilawah Al-Quran Cara Mudah)
# Teknik Mudah Menghafal Al-Quran
# Tips Muslim Genius (kaedah Ibnu Sina)
# Bengkel Tajwid & Al-Fatihah
# Bengkel Solat Cara Nabi (solat selazat coklat)
# Slot Sains & Al-Quran
# Cabaran Salahuddin Al-Ayubi (outdoor)
# Eksplorasi Al-Quran & As-Sunnah (Treasure Ad-Din)
# Terapi Qalbu Sufi
# Santai Hufaz (teknik Laksamana Cheng Ho)

Siri 1: 
Tarikh : 17 - 20 November 2013
Tempat : Alor Gajah, Melaka
Terbuka Kepada 8 - 16 tahun, lelaki & perempuan (40 peserta)

Siri 2 :
Tarikh : 23 - 26 November 2013
Tempat : Rantau, Negeri Sembilan
Terbuka Kepada 8 - 16 tahun, lelaki & perempuan (40 peserta)

Siri 3 :
Tarikh : 30 November - 3 Disember 2013
Tempat : Ulu Tiram, Johor
Terbuka Kepada 8 - 16 tahun, lelaki & perempuan (40 peserta)

 

 

013 – 6500 849
*******************************************************************
-Kem Tahfiz & Sunnah-
Pengisian Tahfiz Sebulan
# Kaedah KATACAM (kaedah Tilawah Al-Quran Cara Mudah)
# Teknik Mudah Menghafal Al-Quran
# Tips Muslim Genius (kaedah Ibnu Sina)
# Bengkel Tajwid & Al-Fatihah
# Bengkel Solat Cara Nabi (solat selazat coklat)
# Slot Sains & Al-Quran
# Cabaran Salahuddin Al-Ayubi (outdoor)
# Eksplorasi Al-Quran & As-Sunnah (Treasure Ad-Din)
# Terapi Qalbu Sufi
# Santai Hufaz (teknik Laksamana Cheng Ho)
Peserta akan menghafal 1 juzuk & 4 Surah Pilihan

Tarikh : 22 November - 22 Disember 2013
Tempat : Madrasah Tahfiz Al Quran (MATAQ) Darul Imtiyaz, Melaka
Pendaftaran : Jumaat ; 3.00 Petang
Terbuka Kepada 8 - 16 tahun, lelaki & perempuan (40 peserta)

013 – 6500 849
*******************************************************************